Aduan Masalah Talian 1Bestarinet Sekolah

Untuk dapatkan Username & Password sila semak emel 1bestarinet sekolah yang telah diberi dan semak emel bertajuk Akaun Selfcare Portal

Untuk makluman tuan/puan, didapati bahawa ada aduan 1BestariNet yang dipanjangkan ke BTP tidak mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no. Justeru itu, sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh Pihak YTLC.
kerjasama pihak tuan/puan supaya memaklumkan kepada sekolah bahawa pihak sekolah boleh membuat aduan melalui portal https://1bnselfcare.yes.my . Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi Meja Bantuan 1BestariNet – 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password. Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

Dicadangkan membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetak sebagai dokumen sokongan. Laporan isu/masalah tersebut perlu dihantar kepada 1bestarinet@moe.edu.my secara mingguan untuk dibawa ke mesyuarat bersama YTLC.

Akaun Selfcare Portal telah pun dibuat bersama sama dengan ID dan password sementara.
ID: Kod Sekolah
Password : Fr0gasi@
Sila gunakan pautan berikut https://1bnselfcare.yes.my untuk mengakses sistem tersebut.
Selepas log in kali pertama anda dikehendaki untuk menukar password anda.

Kami amat menggalakan anda melaporkan masalah yang sekolah hadapi seperti diatas melalui portal khas ini untuk memudahkan pihak berkaitan memantau masalah anda. Selepas membuat aduan pastikan anda mencatat nombor log aduan anda untuk tujuan rujukan pada masa hadapan.

1bestarinet

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Sebarang kerosakan peralatan ICT di sekolah anda, sila laporkan ke dalam Support Ticketing System (STS). Klik link dibawah:

ADUAN KEROSAKAN ICT SEKOLAH (STS)

Peralatan ICT sekolah yang layak diselenggara adalah:

  • Peralatan yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai siri DAFTAR HARTA MODAL
  • Peralatan yang telah tamat tempoh jaminan (warranty)
  • Peralatan yang belum mendapat Sijil Hapus Kira atau Sijil Pelupusan
  • Peralatan yang tidak dikategorikan sebagai Beyond Economik Repair (BER)

PERALATAN MEDIA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut disertakan memo dari BTP berkaitan pungutan data.

  1. Sehubungan itu, satu Google form telah disediakan untuk tujuan tersebut. Mohon kerjasama Guru GPM untuk  melengkap isi data-data dalam pautan yang diberi selewat-lewatnya sebelum atau pada Selasa (15.1.2019).

Pautan Borang: http://gg.gg/PERALATANSEKOLAH

Sebarang pertanyaan, boleh dirujuk kepada En.Reni bin Rasli (084-864770/01133133010).

Sekian, terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah

ADUAN KEROSAKKAN PERALATAN ICT SEKOLAH BAGI TAHUN 2017

Assalamualaikum w.b.t…

Tuan / Puan GPB  yang dihormati,
Untuk makluman pihak tuan / puan, BTP dan KPM dalam proses untuk menyediakan peruntukan kewangan penyelenggaraan peralatan ICT bagi tahun 2017.
Sehubungan dengan itu, tuan / puan adalah dimohon untuk melaporkan kerosakan komputer atau alatan ICT sekolah supaya dapat membuat pengisian aduan kerosakkan dalam STS. Sila Klik link URL STS : http://sts.moe.edu.my/ untuk mengisi aduan kerosakkan. Harap maklum. Terima kasih.